LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI BAGI PROGRAM AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) OLEH LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

Lawatan Penilaian Akreditasi telah dijalankan secara hibrid pada 19 & 20 Julai 2022 (Selasa & Rabu) yang melibatkan tiga (3) program akademik di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT). Antara program akademik yang terlibat dengan penilaian ini adalah:

  1. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) Dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) Dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) Dengan Kepujian

Ketiga-tiga program ini telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan peralihan kepada penilaian ini adalah bagi tujuan untuk mendapat pengiktirafan akreditasi penuh oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). MBOT merupakan badan professional yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mencapai kualiti tinggi di bidang Technical & Vocational Education Training (TVET).Keputusan akhir bagi penilaian ini menunjukkan kesemua program yang telah mendapat kelulusan bagi peralihan akreditasi MBOT. Semoga dengan peralihan ini FBKT dapat  melahirkan pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam bidang teori, tetapi juga dalam bidang teknikal. Peralihan ini juga dapat memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat khususnya pihak industri dalam menjadikan pelajar yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Dr Arlina Bt Ali